Thursday, April 1, 2010

:: Akhirnye Tepeng Ujan ::

~Taiping-rain town~
huhu..dh lama gila taiping tak ujan selepas el nino mengadakan lawatan sambil belajar untuk beberapa minggu d taiping...waktu incik el~nino dtg ari sangat panas..rasa nk tdo dlm bilik air...makan dlm blik air...iron bju dlm bilik air...mandi dlm blik air(mmg punn..aparaaa)
Now tidak lagi..selamat pulang ke tanah air wahai incik el~nino..sy sgt hargai lawatan anda...adus,,merepek pulak...skrang tepeng dh ujan..blh tdo pkai slimut..ksian slimut bucuk saye tkde kwn tdo..murid2...mari cikgu critakan serba sedikit ttg tepng..dengar yee...jangan tdo..

Bandar Taiping merupakan pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama . Sebelum 1937 , Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutama di bahagian Bukit Larut. Bandar ini merupakan tempat yang paling kerap hujan menerima hujan di Malaysia. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah Hujan Bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.

Sejarah


Bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada 1880-an kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada tahun 1874, setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. Pada 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah JWW Birch dibunuh oleh Datok Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. Walaubagaimanapun, pada 1937 ibu negeri Perak telah dipindahkan ke Ipoh memandangkan bandar tersebut di tengah-tengah negeri negeri Perak.

Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selalu Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.

Hasil rundingan , Kapten Speddy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.

Kebanyakan mereka menganggotai :
- Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884

- First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896

- Malay States Guides (MSG) 1896-1919


Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakaudi sebelah Barat.

Bukit Larut---->sejuk dan tpt yg bes..sangat tinggi n jalan pusing2
nak naik ats kena naik land rover,,..(hrp maaf gambar tdk memuaskan..jgn betulkan skrin pc anda ok)
dan...yg mencapai tahap kepuasan apabila dpt jumpa face to face dkt puan2 bunga tulip..sangat canteekkkk d
ini pulak taman tasik..cntik. dan memang deboommm!
dan tambah menarik bila lepak2 smbil makan cucur cempedak...

No comments:

Post a Comment

Tugasan 3 : Blog Peribadi

Assalamualaikum. Dah enam tahun blog ni bergari..hehe. Buat masa sekarang saya masih bekerja di RISDA Taiping dan juga sebagai seorang ibu...