Friday, January 21, 2011

:: aku kena BAHAN ::

~Sila Klik Untuk Tumbesaran~

sumpah la korang...yang ni aku saje je cakap..tk sgka pulak korang rase mcm siyes..adeh!kena gelak guling~guling...

:: Salah Cakap Lagi ::


Makcik ni keja dia asik salah ckp je...
Maklumat lanjut sila klik untuk tumbesaran...Agggggaaagaaa..jadi bahan lagi tadi...

Thursday, January 20, 2011

:: Sindrom Tersalah Cakap ::

Ni bukan pasal aku ye pah bedah!ni nk cite pasal sorang kawan aku yg mengalami sindrom tersalah cakap.memang slalu jadi bahan bila ramai~ramai..bukan sikit~sikit punya salah..kadang~kadang sampai rasa ish melampau betul salah ckp dia ni...ni beberapa kesalahan dlm percakapan beliau..AWAS!jgn terikut kerana ianya mengundang ketawa besar yaamat,..

TESCO - STESCO
NGANGKUNG - NGANGNGANG
KERETA EDISI KHAS - KERETA EDISI SIASAT
100 PLUS - 100 PRUS
CEO - COO
CATERING - CERATING
WAFFLE KERETA - WIPER KERETA

Sbenarnye banyak lagi...bukan nk memporak perandakan kehidupan beliau..(boleh ke ayat ni? ).tapi sekadar menghilangkan stress yang ada...wehehe
klik untuk tumbesaran...persatuan siap...haha

Wednesday, January 19, 2011

:: :LainOrangLainMacam ::

Lain orang lain macam,
lain orang lain ragam,

Ada orang suka p keja naik motor,
ada org suka p keja naik keta,
tu korang punya pasal,
jangan nak kutuk p keja naik keta- sebab nk tnjuk ada keta
p keja naik motor - sebab kedekut nk kuaQ duit bli minyak keta.
- Masing~ masing.

Ada orang suka pakai enset mahal~mahal,
Ada orang suka pakai enset cikang - jnji leh msg n kol,
- Masing2 la jgn nk kutok yg enset mahai nk menunjuk,membazir..
- Yang enset murah,..gile punya kolot.

Ada orang suka lunch ngn somi/istri dia,
Ada orang suka lunch ngn kawan2 dia,
Masing2 la nok..jgn nak kutuk..."buat apa kawin kalau makan tk skali"
- Kawin tu bukan untuk makan bsame je pakcik!

Ada orang suka pakai legging...,
Ada orang suka pakai slack...,
- yang pakai legging jenis nk tunjuk peha
- yang pakai sleck jenis kturunan mat bangla....* apa ada hal!

< masing~masing lah kan..ko cara ko..aku cara aku...macam lagu ni...ada orang suka...ada orang kata macam satan suara dia...apa ada hal kak pah!...mah sing!mah sing!

Tuesday, January 18, 2011

:: Ragamacamragamacamragam ::

Situasi 1

A : "Aku ada masalah ngn laki aku..semlam dia..bla,bla,bla" (sambel nanges2)
B : "Eh! ape ke bangang laki hang tu..kalo aku jd laki hang lama dh aku bunuh!laki tk guna!bla bla
bla bla pot pet pot pet "( Maki hamun )

* Kalo org cita masalah tu nk mintak tolong.bukan nak mintak maki.harap maklum ye puan~puan

Situasi 2

~ Dalam kereta A...

B : " Eh A! ikut la situ..dkat sikit...kona sikit je!"
A : " hang ingat kona~kona tu minyak power stereng tk kena bayar ka!abis la minyak power
stereng aku nanti "
B : " Brapa hengget minyak pawa stereng ? "
A : " Belas~belas ringgit jugak! "

* tudia aih...bkira nk rak! ( mati bwk duit )


Situasi 3

A : " Eh!hang msti lambat kan pagi tadi?"
B : " Awat ang cakap mcmtu?"
A : " Aku dok perati baju hang dr tadi.. tudung hang takda mecing pun dgn bunga...dgn tanah
pun tak sama,.msti hang main sarung ja kan.. "

* Amboi kak pah..ceq punya pasai la nk pakai tudung apa pun..jnji tutup aurat sudah!


Situasi 4

A : "Eh!hang pun ada fesbok ka...kafir hang tau..."
B : " Awat cakap lagu tu..."
A : " Ang tau dak pengasas dia sapa?Israel tau! "

* tau~tau dia dh create acc fb..( lain kali toksah dok mengata org sgt kak pah weh )


Situasi 5

bersambung......

Thursday, January 13, 2011

:: Bahasa Isteri Yang Suami Perlu Faham ::

Jom kita tengok apakah BAHASA seorang isteri yang perlu suami faham dalam beberapa keadaan yang berlaku menurut pandangan Ahmad Baei Jaafar:
1. Waktu merajuk

Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal

Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Pelajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera

Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf

Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.


Mendidik isteri bukan dengan kemarahan, sindiran, mendiamkan diri, bentakan atau jegilan tapi kefahaman, belaian dan penghargaan. Sebagai suami, sedikit sebanyak tirulah cara Nabi Muhammad s.a.w melayan isteri-isteri baginda.

Tugasan 3 : Blog Peribadi

Assalamualaikum. Dah enam tahun blog ni bergari..hehe. Buat masa sekarang saya masih bekerja di RISDA Taiping dan juga sebagai seorang ibu...