Tuesday, April 27, 2010

:: ------ ::

erm arini agak letih..semalam pas keje trus balik Bruas wif incik tunang yang dikasihi..ujan lebat giler.smpai sna air dh nk tinggi..erm sbnarnya tu bukan stOrynye...citenye pasal kes tanah yang masih blum setel since 1996..kisah opah aku yang teraniaya..sO balik umah opah jap amik dokumen2 dan esok nak bwk pegi Biro Bantuan Guaman kat wisma persekutuan..ksian paksu kehulu~kehilir bwk kes tp mahkamah tinggi ipoh,mahkamah manjung,pjbt tanah smua taknak amik kes..nk amik lawyer swasta grenti la upahnye dh riban2..sO try mana mampu..hope opah sentiasa kuat hadapan dugaan ni..Allah sentiasa makbulkan doa org yg teraniayai..dan kalO kes ni menang kite bawak opah pg mekah ok...InsyaAllah.

Saturday, April 24, 2010

:: masalah tido ::

Assalamualaikum tuan2 dan puan2 yang dikasihi sekalian..
Harini saya akan memberikan ceramah bertajuk :TIDOR: hehe..disebabkan aku tak blh tdo pd mlm ini dan mengalami masalh tdo jd aku nk bincangkan topik ini bersama anda smua...
kadang2 aku rasa tido itu pelik.hehe..mcm mgu lepas asik rasa mengantuk je..padahal tidor mcm biasa..masalah mengantuk ini jugak telah "mengganggu~gugat" kredibiliti aku d tpt keja..(ayat apa tah aku pakai..wakaka)..bknnye ape..kol doblas tghari aku dh menyelinap masuk ke surau untuk tdo..bangun pulak selepas dikejut berkali2..dhtu plak kul2.30 ptg bru bangun..ari jumaat kul 4ptg dh blah n suh pakcik kt opis sorg tu punch card.(balik awl untuk tdo)..balik keje kol 5lbh dh tdo..kul8 mlm paksa diri untuk bangun sebab lum mndi.huh!lau dh mndi dh lama aku teruskan tdo tu smpai pg..penah aku tdo kt meja makan kedai bang chiq smentara menunggu oder smpai..aduyai!itu bila rasa nk tdo..bila rasa tk blh tdo..mcmni la..kdg2 5pg bru la nk tetido..ni dh dkt 2am tk mengantuk pun..magic kan!hehe...jom kite terjah www.infonasihat.gov.my ini untuk mencari masalh berkaitan penyakit mental/tidor ini...huhu


Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
• Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
• Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
• Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
• Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
• Berhenti merokok
• Jangan tidur pada siang hari
• Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
• Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda
• Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk
aktiviti lain
• Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
• Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur
• Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari,
termasuk hari minggu)
• Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
• Tidur bila rasa mengantuk
• Berehat sebentar sebelum masuk tidur..
dan suruh nonOi main2 kt siku sekiranya perlu...

Simpan satu diari tidur
• Catit jumlah jam dan kualiti tidur
• Masa masuk dan bangun dari tidur
• Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
• Perasaan anda

Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter
Kumpulan sokongan
Sleep Disorder Society of Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia


@Sekian, terima kasih@


:: Garden theme-dream wedding ::

herm~~~tgl brapa hari je lg nk jd wife org neh...spatutnye dh kna wat preparatiOn,.tp aku plak ileks goyang kaki je tk buat pape lg..last week g umah my sis kt rawang.so sempatlah kmpul adik bradik wlopun tak rmai yg ada..hasil dr prbincngan adik badik suma dh sbulat suara tema kawin pd 29hb11 tu bertajuk "kawin dlm taman~wlopun pkok sawit je byk kt situ" huhu..so tgh mencari le pelamin2 outdoor..taknak serabut2,..ckup ada munger2 skit dah...so hasilnye ini je jmpa stakat ni..huhu

ok ke?taruk la frame kt blakang tu pic masa tadika ke..pic masa tunang ke..


ni plak krim+ijau..ada munger2 skit...taruk rose putih~fresh flower..ok jugak kot..


taktaw spa punya wedding ni..tp nice jugak pelamin ni.x heavy sangat kot..


yang ni pelamin nikah..tp aku rasa nikah kt masjid kot..lebih afdhal..n jimat kos..tu yg penting..hehe
P3280105P3280107P3280173P3280137
P3280115P3280111P3280110P3280105
yang ni lagi cantik..tp duitnye msti la cntik menarik tertarik dan deboom lah!!!

so..moral of d stOry..buat yg simple2 suda..yang penting....
nikah!!!!!!

Friday, April 23, 2010

:: Bertunang ::

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

:: So Sad ::


We used to have good times together.
But now I feel them slip away.
It makes me cry to see love die.
So sad to watch good love go bad.

Remember how you used to feel, dear?
You said nothing could change your mind.
It breaks my heart to see us part.
So sad to watch good love go bad.

Is it any wonder that I feel so blue,
when I know for certain that I'm losing you?

Remember how you used to feel, dear?
You said nothing could change your mind.
It breaks my heart to see us part.
So sad to watch good love go bad.
So sad to watch good love go bad.

:: i hate luv!!! ::


erm..hve u eva been in luv?horrible isnt it?it mkes u so vulnerable.it opens ur chest n it opens up ur heart n it means dat sum1 cn get inside u n mess u up.u build up all thse defenses, u build up a whole suit of amor,so dat nutink cn hurt u,then 1 stupid person, no dfrent 4rom any other stupid persOn,wanders in2 ur stupid life..u gve them a piece of u..they didnt ask 4 it.they did sumtink dumb 1 day...like hug u..or smile at u..n then ur life isnt ur own anymOre.LOve tkes hostage,..its gets inside u..it eats u out n leaves u crying in da darkness..so simple a phrase like erm.."myb we should b juz frens"..turns into a glass splinter working its way into ur heart.it hUrts..!not juz in d imagination.not juz in d mind..its a soul~hurt, a real gets~inside~u~n~rips~u~apart pain...i hate luv..!!!!

Thursday, April 22, 2010

5-FIVE-KHAMSAH

Kerana takut menderhaka kepada org tua jadi saya layankan saje award mende2 ni yg dpt dari org tua bernama kak leen ngeks..hehe


Copy award ni macam dapat Grammy Award.
Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH.


so, pemberi award neyy :
ayleencutegurl.blogspot.com


1) 5 nama samaran kamu:
tan
tin
tun
asparagus
asbestos


2) 5 tarikh penting dalam hidup kamu:
31 ogos- kemerdekaan negara
19 jun-besday atok aku (keputraan Sultan Perak)
25hb-tarikh dpt gaji
20 jun-hari tua saya
01hb-kena setel utiliti,sewa umah dan sebagainya



3) 5 pekara yang kamu buat semalam:
g keje
tdo kt surau
pau pakcik lan suh mlanja
abiskan duit gaji sebagai amah
makan macam2
pkul 2 pagi g toilet cirit birit


4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
dpt makan secara percuma selama setahun
boleh terapong lam air (susah ni..haha)
si nonoi tidorkan aku stiap malam(wakaka)
karoke cik boss blanja(nyanyi smpai lebam)
ada org buat taik ngn aku (mang aku GEMBIRA!!!)


5) 5 drama/filem kegemaran kamu
suamiku pulang ke Nepal (drama bersiri 20 episod)
hidungmu di pagarku (top 10 filem aksi terbayek)
jiranku digosip orang (drama paling tragis)
kambingmu kambingku (filem komedi terbayekk)
gelak khas (arahan yusop haslamp)


6) 5 hobi kamu:
makan sambil belajar
tidor sambil dengar org ngigau
berfesbok (boleh pangkah2 org)
mandi sungai lepas kerja
bunuh nyamuk



7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
dayang nor faezah (sbb dya kata "dyg syg kamu..dyg cinta kamu..)
makcik sblh umah(sbb kdekut parking tu yg bt den suko sgt )
Raju (iklan raya..suka sangat)
Arwah uncle Din..(syg dia...sob2)
My family dan kucin nama dafi
Pakcik mydin..(suka sbb jual brg murah kt Mydin)


8) 5 tempat percutian idaman kamu:
smua tempat dlm globe


9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
satu sebab je sebab org tua tu dh tag..wakaka


10) 5 orang yang kamu nak tag
sorg cukop si nOnOi...

Saturday, April 17, 2010

:: Acik Spin Maut Kemalangan ::

Baru dpt taw dr my fwen acik spin meninggal dunia akibat kemalangan maut di n9..ni aku copy dr blog someOne..

achik10.jpg (395×571)

Baru sebentar tadi haku menerima berita dari member haku di Facebook yang mengatakan Achik Spin meninggal dunia. Kerana inginkan kepastian, haku Google kesahihan berita menyedihkan ini dan terjumpa berita ini di ForumCarigold.

Achik Spin dikatakan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya apabila kenderaan yang ditumpangi beliau terbabas. Beliau yang tersepit tidak dapat menyelamatkan diri apabila kenderaan yang kemalangan itu terbakar.

Ini quote dari forum Carigold:

17 april – 07.00 pm..berita yang aku baru terima dari member2 call man.. achik spin meninggal dunia petang tadi, dengar kata dia tumpang kereta kawan dia (toyota estima) terbabas di perhentian nilai langgar signboard, arwah tersepit dalam kereta dan kereta terbakar.. kawan dia sempat keluar kereta.. apa2 pun kita tunggu berita mlm ni.


"Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama golongan beriman..aminn.."

Sunday, April 11, 2010

:: Al-Fatihah ::

tadi pagi abang azhar dr romantis bridal kol...gtaw azlan-fotographer masa aku tunang ritu dah xde..meninggal eksiden ngn kawan2 dia...erm,tak sempat mtk maf ngn arwah sebab msa tunang ritu ada kata2 dia sket..huhu...xperlu ingat apa yg dia buat aku bengang tp hnya doa smga arwah ditempatkan bersama golongan beriman...Al-Fatihah,..
30th of Jan 2010
arwah sabar je layan aku yg tak pndai posing ni..huhu

Thursday, April 8, 2010

:: Once Upon A Time ::

wah,..sudah dua ari tdk menjenguk blog yang sememangnye sunyi..ari rabu aritu balik ke kampung halaman..bukan saja di halaman rumah malahan didalam rumah juga saye balik..bwk si nOnOi and amalina untuk selectiOn badmintOn d...ZzzzZzzZzzZzzzzzzzzzZzzzzzzzzZZzzzzZzzzz

yuhu,,,..aiyok..bayangkan masa type td aku buleh tertidO stengah jam kt meja upis ni..huhu..ni la akibat dari "perbuatan" bermain badminton untuk selection sukan zon utara semalam kt tapah..sangat letih..tp berpuas ati sebab dpt kalahkan 4 group asspecially akak yang baju biru tu...wuhu..(claps my hand..:) )

balik je dr main "medminton" semalam trus berendam di sungai klah hOt spring park..jeles tengok kak lya and amalina leh terapOng atas air..dh lama suh adik aku si nurul tu ajar tp tetap tenggelam..tp semalam dengan pertolOngan kak lya n d geng akhirnya aku bOleh terapungkan diri dengan jayanya..haha..sangat bes..

n pengalaman baru untuk si noNoi n amalina:-mlm tu aku bwk diorg rempit lam felda..motor yg aku naik minyak abis lak..depan tpt org blajar ngaji laktu..dhla mlm tu pakaian aku agak sopan.huh!terpaksa la si ama n nonOinye bli minyak kt kdai runcit..aku suh diorg bungkos..skali diorg dtg dengan botol..dengan corongnye skali..haha..rasakan!slalu isi minyak kt petrol pam je kan..kali ni bli minyak kt kdai runcit..sssyyyhhh...lau abang mi kdai tu taw msti dia marah..wuhuhu..

moral of d story :-
1) cek minyak sebelum merempit
2) ingat org gemok takleh terapong ke?diorg lg la blh terapong sbb byk lemak..ngehehe
3) to kakak baju biru.."kerana mulut badan binasa..kerana racket "en.din" tewas juga anda ditangan saye.."ngehehe...

Tuesday, April 6, 2010

::Aduan Rakyat,Plz Help Me::

xpuas ati btul aku sewa kat sni..actually kitorg bru pindah umah kat taman desa jaya ni...majoriti org mlayu suma..xtaw la apa mslah m.cik sblh umah ni...kt umah ni suma ada keta..parking lot umah ni plak memuat 2 bijik keta je..keta lak ada 4..tu pun nasib k.b tak bwk keta..lau tak korang kira la brapa smuanye kan..memula dtg ok je la..2bjik keta lagi leh sumbat kt luar..dpn umah..tepi jalan,..dkt 3bulan pindah tetibe m.cik seblah umah ni dh pandai main kasar..tbe2 letak batu~bata dkt parking dpn jalan tu..so keta kitorg leh muat 1 je kt dpn..yg m.cik sblah kanan letak penyidai baju besi..yang dpn umah pun letak penyidai baju jugak..yang tensennye bila nk kuarkan keta terpaksa riverse dlu bg mengelakkan dr langgar bata2 yg dya letak tu..kdg2 bengang gak smpai kitorg ubah bata tu..pastu pg keje mcm biasa..bila balik dia taruk bata tu balik..WTF!penah keta aku kena blok depan blakang ngn tong smpah gara2 parking dpn umah m.cik letak penyidai tu..woii!!!tak paham aku...diorg byr sewa umah je..tepi jalan tu tak termasuk la badigol!!!esok aku masukkan gambar kalau korang nak tengok..dlu sewa kt kawasan umah cina takde la bodoh mcmni!!!kedekut parking nak mampus!!arghhh bengangnyeee aku!!!

:: Thanx Mr.L ::

herm..bengang tul la aku..arini punya kaber line la nak balik awal..siap suruh farouk bawakkan beg laptop n henbeg awal2 kt bawah..kul4 aku dh chOw..sampai umah nak bkak gril plak tak bOleh..key tu buat kat pasar mlm aritu..tak profesional gamaknye uncle tu..adOai..nasib ada Mr.Lappy ksayangan yang blh mengurangkan sedkit kebosanan..Sebagai ganjaran malam ni saya akan merehatkan mata anda(screen) untuk melihat saya...mwah

Saturday, April 3, 2010

:: Can;t Sleep.lol. ::

hampir menunjukkan jam 5:00 am waktu malaysia..mata tak leh nk tdo plaks...time2 mcmni tingat incik tunang yang dh lama tak ngedate ngn dia..hurm~~kdg2 windu..kdg2 syg bangat..n kdg2 benci tahap cipan..aiyok!begitula C.I.N.T.A tapi....lebih baik cinta drpda benci..lalalalala...bergaduh tu biasala..tp yg luar biasa bila aku mcm tersyok kt mamat sblh upis aku..ngehehe...sabar untuk diri sndri..tu smua dugaan d alam pertunangan...oleh itu kawan2..mari kita baca doa untuk menjadi seorang yang sabar ek...
maksudnye: "Wahai Tuhan kami!Limpahkanlah sabar kepada kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

:: Bila kita sayang org tu ::


Biler kiter syg org tu

Kita tnggu dia lame pn x per

Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2

Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG.....

:: Malam Pertama Kita ::

malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan
Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan
cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

::________________::

taktaw nk letak tajuk apa...yang pasti time ni hampir menunjukkan jam 12 malam...n aku sedang menikmati sebungkus laksa yang aku beli kt pasar malam kamunting...yang bes laksa ni dmkn mcm msa skolah2 dlu...sgt rindu dats time lor...sonok nye zaman kanak2 dlu..tk pyh nk p.k pape..mkn laksa pun ikut mana dan je...huhu

Friday, April 2, 2010

:: Karam Sigh Walia ::


Murid~murid..arini cikgu nak ajar anda suma peribahasa ye...tapi peribahasa ni cikgu amik dari incik karam singh walia..peribahasa ni boleh digunakan pakai untuk buat karangan subjek bhasa melayu kertas 2 UPSR nti..itupun kalau teringin nak dpt E...

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang… bisu

17. Hidup segan mati di tanam 18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!


ok..cukup setakat harini ye...Selamat Mencuba..


Soki~Soki

soei "mypinkhighheels"...sebab coki2 ko majuk ngn aku smlm..ehehe...
Alkisah we ol mang suke coki2..misz D ni jnji nk blikan aku coki2 doploh..aku tgu dua ari tp dia tak beli2 pun...smlm aku bli kopok roda kt my big boss...(air liur dia meleleh sebab terbau kopok roda budak sebelah lane bowling makan)~dia kata tk pnh mkn kopok tu..so aku bli la..n ternampak coki2..alang2 aku bli la skali...erm slalu kul 5.30 misz D smpai umah dh..smlm kul 6 bwu smpai umah..pastu masuk umah dia nmpak coki2 aku bli tu..trus majuk ngn aku tanak ckp..Ohoho..wupa2nye dya balik lmbat sebab cr coki2 kat kdai tp byk kdai takde...tgk2 balik umah aku bli jugak,,hehehe,,,soeiiii...
kopok roda cap hup seng
nah!amik ni suma misz D..
agak2 brapa ari blh abiskan ni?smgu pun tk smpai taw tak,,

Thursday, April 1, 2010

Perginya Din Beramboi


Malam tadi sblm tdo tingat kt arwah yg sedang kritikal..tbe2 ati terdetik..andaikata Uncle Din dah tak daya nak lawan sakit dia aku mohon Allah ambil nyawa dia pada hari jumaat..
Pagi tadi my housemate ckp arwah dh pegi...sedih dan syukur arwah pegi pada hari yang penuh fadhilat..Alhamdulillah arwah terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat..Uncle Din@Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri...thanx 4 ur jokes>make me laugh n hepi uncle.....Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman...Al-Fatihah

Tugasan 3 : Blog Peribadi

Assalamualaikum. Dah enam tahun blog ni bergari..hehe. Buat masa sekarang saya masih bekerja di RISDA Taiping dan juga sebagai seorang ibu...